Sunday, March 20, 2011

Setenang wajahmu ukhti Anna ~

Bismillahirahmanirrahim...

Serasa saya, patutnya lama dulu lagi kalau nak berceloteh pasal cerita dan watak-watak dalam karya Kang Abik ini..Tapi saya ni, baru hari ni tergerak nak bukak cerita pasal  KCB. Oki Setiana Dewi. Ramai yang bertanya, kenapa dia yang menjadi heroin. Padahal ramai lagi pelakon wanita lain dalam KCB tu yang lebih cantik daripada dia. Ya, pada saya dia biasa-biasa saja pada mulanya.



                                 Ini sebenarnya adalah gambar Oki Setiana Dewi dan Kholidi...


Oki Setiana Dewi tanpa mekap di wajah..Subhanallah, dia tetap cantik pada pandangan mata saya..beruntung bakal suamimu ukhti !

Memang ada yang lebih cantik daripadanya. Tetapi, kenapa ya Kang Abik memilih dia? Dia yang biasa-biasa saja itu. Lama saya memerhati. Akhirnya saya ketemui jawapan yang memuaskan hati sendiri. Dia berwajah sopan dan tenang. Lebih kepada tenang sebenarnya. Wajah damai itu membuat saya jadi kelu memandangnya. Dan saya mula merasakan dia lebih cantik berbanding pelakon wanita lain dalam KCB itu. 



Saya tidak pasti apa alasan Kang Abik menjadikan dia sebagai heroin, tapi saya pasti ianya bukan sahaja kerana wajahnya ynag tenang dan damai itu..bahkan kerana sesuatu yang lain. Kang Abik orang berilmu, dan saya yakin dia mahukan orang yang benar-benar layak untuk mendukung watak wanita muslimah itu. Sesuai sekali dengan perwatakan Oki Setiana Dewi. 

Moga redha Allah sentiasa mengiringi usaha dakwahmu itu, uhkti ! ('',)

No comments:

Post a Comment